CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 29, 2009

Kumpulan Rusty Blade

Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia. Kumpulan Rusty Blade telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1985 yang merupakan album EP. Pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!
Album kedua Rusty Blade "Rintangan Hidup Dunia" di terbitkan oleh Razzi M (Bekas pemain guitar Black Dog Bone) di keluarkan pada 1986.Pada Album ini Izad telah mengantikan Mamat sebagai pemain guitar kedua. Album ini telah menaikan nama Rusty Blade dan terjual sebanyak 100,000 unit. setelah album ini di keluarkan Rusty Blade mula membuat road show di serata Semenajung Malaysia. Concert pertama mereka adalah di Ipoh pada 1987 di Stadium Indra Mulia. Mereka kemudian membuat show di Johor Baru dan Kuala Lumpur. di Kuala Lumpur mereka penuhkan Stadium Negara dan Konsert itu di iktiraf oleh pihak media sebagai Show yang terbaik pernah diadakan diKuala Lumpur. Md.Noor Hendrix telah mengantikan Izad selaku pemain guitar semasa road show ini.
Pada 1988 album ketiga Rusty Blade "Berat" di hasilkan. Rusty Blade sendiri bertindak sebagai Penerbit. Ia nya merupakan sebuah album yang benar-benar "heavy" yang mempunyai mutu yang mantap. "Berat" terus menjulang nama Rusty Blade di pesada musik tanah air. Setelah "Berat" berada di pasaran, pemain Bass Razak meninggalkan kumpulan ini. Rusty Blade mencari pemain bass baru ramai yang di cuba akhirnya Mann Karen dari kumpulan Rockers menggantikan tempat sebagai pemain Bass. Dengan adanya Mann Karen Rusty Blade bertambah baik segi persembahan muzik mereka
Tahun 1989 Rusty Blade menghasilkan album "Awas" ternyata ia sebagai album terakhir Rusty Blade sebelum mereka mengundurkan diri dari dunia seni Malaysia buat seketika

Tuesday, October 27, 2009

Kumpulan Real XPDC


Kumpulan Real XPDC adalah sebuah kumpulan yang diasaskan oleh Mael XPDC. Dari rasa tidak puas hati akibat disingkirkan dari XPDC, Mael tekad menubuhkan sebuah kumpulan bagi meneruskan sisa perjuangannya ketika bersama XPDC.
Beliau membawa Ajaq, Bonn dan Joe dari kumpulan Fahrenheit untuk bersama-samanya melaksanakan impian untuk bersaing dengan XPDC. Peristiwa perpecahan XPDC telah membuatkan peminat sering terkeliru sehinggakan ada dikalangan mereka memboikot XPDC dan Real XPDC. Disebabkan kekeliruan dan masalah dalaman di antara kedua-dua kumpulan ini, Mael seterusnya menukar nama Real XPDC kepada Real X. Beliau juga telah membawa anggota baru bagi menggantikan anggota sedia ada.
Real XPDC sempat merakamkan sebuah album iaitu Konsert Real XPDC Live. Album ini dirakam secara "raw" semasa mereka mengadakan persembahan. Kualitinya juga dianggap terburuk bagi sejarah pembabitan Mael di dalam dunia muzik kerana tiada sebarang adunan dilakukan.
Kumpulan Real X juga ada menerbitkan sebuah album penuh yang mengandungi 10 lagu. Antaranya lagu Segar dalam ingatan, Genggam api dan disebalik senyuman.

Monday, October 26, 2009

Kumpualn OAG


OAG (juga ditaip sebagai O@G) merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia. Kumpulan ini dikenali umum sebagai peneraju muzik rock alternatif Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1992 dan dianggotai Radhi (vokal dan gitar), Chi (dram), Ivan (gitar), dan Lam (bass) sebelum mengalami perubahan dalam anggota kumpulan.
Pada asalnya OAG dikatakan mewakili "Old Automatic Garbage" tetapi kemudiannya ditukar menjadi Orang Asia Genius.
Radhi keluar dari kumpulan ini untuk bergerak secara solo pada tahun 2009, menyebabkan ahli-ahli lain menamakan semula kumpulan menjadi OrAnG dengan vokalis yang baru.
OAG ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai pemuzik underground sebelum menghasilkan sebuah rakaman demonstrasi pada tahun 1994 dan mengirimkannya kepada Paul Moss, yang ketika itu merupakan seorang penerbit di syarikat rakaman Positive Tone. Beliau yang tertarik dengan kebolehan kumpulan tersebut terus mendaftarkan mereka di bawah syarikat tersebut.
Pada tahun 1995, Lam dan Ivan meninggalkan OAG atas sebab melanjutkan pelajaran. Mereka diganti pula oleh Adin (gitar) dan Edmund (bass).
Kejayaan OAG terbukti apabila mereka memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Video klip 60's TV juga dicalonkan sebagai Video Klip Terbaik. Klip tersebut pernah berada di tangga keempat selama enam bulan berturut-turut dalam rancangan Chart Show's Best yang ditayangkan di MetroVision pada tahun 1996.
OAG juga diberi penghargaan untuk mendendangkan lagu tema Kejohanan Remaja Sedunia FIFA/Coca Cola ke-9 yang diadakan pada 16 Jun 1997 di Malaysia. Lagu yang bertajuk Name Of The Game itu digubah oleh Radhi dan liriknya ditulis oleh Paul Moss.
Dalam tahun 2000-an, OAG mula menceburi persada lagu berbahasa Melayu, bermula dengan album Opera Radhi-o Friendly (2002) diikuti dengan Satelit Ink. (2003). Pada tahun 2005, kumpulan ini juga diberi peluang merakamkan lagu tema Generasiku bagi filem Gol & Gincu dan siri televisyen susulannya.
Pada tahun 2005, OAG dibari oleh Radhi, Nizam, Eric, Zul dan Fizul. Barisan ini telah menaikkan lagi nama OAG dipersada muzik tanah air dengan memenangi anugerah Ikon Malaysia bagi katergori kumpulan (Jaclyn Victor katergori solo). Mereka juga mewakili Malaysia bagi peringkat Ikon Asean.
Pada tahun 2006, OAG meninggalkan EMI, setelah merakamkan album terakhir bersama label tersebut, OrAnG. Pada tahun 2006, mereka dipilih untuk membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007 di London.
Pada tahun 2007, mereka terlibat dalam pertandingan Nokia You Make It Reel!. Lagu mereka telah digunakan oleh peserta iaitu pengarah video muzik untuk menghasilkan video untuk lagu mereka dan memenanginya. Pada tahun yang sama mereka menjuarai kategori kumpulan muzik di Ikon Malaysia.

Sunday, October 25, 2009

Kumpulan New Boyz

Kumpulan New Boyz merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan New Boyz merupakan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya lelaki. Senarai anggotanya adalah :-
(Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
(Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
(Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.
Apabila Syuk keluar daripada Kumpulan New Boyz, dia telah digantikan dengan Zack.
(Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
(Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
(Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.
Apabila Jay, Lan dan Along mengundurkan diri daripada Kumpulan New Boyz pada tahun 2004, mereka telah digantikan oleh dengan Rizz dan Ristoe.
(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
(Rizz) Ridza Faitullah. Pemain gitar utama.
(Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.
Pada tahun 2007 sekali lagi New Boyz bertukar anggota di mana kali ini pemain gitar Rizz diganti oleh Afiez. Afiez mempunyai pengalaman dalam bidang muzik sebelum ini pernah menjadi pemuzik kelab di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sentuhan gitar Afiez disumbang dalam album ke-6 New Boyz kali ini iaitu Semula Padaku.
(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
(Afiez) Hafeez As'ad Azam. Pemain gitar utama.
(Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.
Ditubuhkan pada 1999 dgn album pertama melalui hitz singlenya 'Sejarah Mungkin Berulang' New Boyz muncul dgn identiti awal remaja. Ketika itu vokalis Tomok masih berumur 15 tahun, New Boyz dianggotai oleh Tomok sbg vokalis,Syuk sbg pemain bass, Jay sbg pemain gitar, Lan sbg pemain gitar kedua & Along bertindak sbg pemain drum.
Begitulah berikutnya dgn album kedua sehinggalah album ketiga Syuk bertindak menarik diri atas komitmen tersendiri. Tempat Syuk diganti oleh Zack yg kekal hingga sekarang. Sejak album kelima iaitu pada 2004 New Boyz telah bertukar anggota di mana Jay, Lan & Along menarik diri dan digantikan pula dgn Rizz & Ristoe masing-² di bahagian gitar & drum. Sehingga tahun 2006 New Boyz telah mengeluarkan 5 album dan 1 kompilasi lagu-² terbaik. Pada tahun yg sama juga New Boyz sibuk menyiapkan material terbaru iaitu album keenam,kali ini majoriti lagu dicipta oleh ahli New Boyz sendiri. Kini New Boyz berempat berkonsepkan pop rock aktif memenuhi undangan persembahan di sekitar Semenanjung Malaysia,Sabah & Sarawak, Singapura, Brunei & Indonesia.
Kini New Boyz kembali pada 2007 dengan 1 lagi pembaharuan iaitu Afiez sebagai gitaris baru menggantikan Rizz maka tetaplah sudah anggota New Boyz yg mempunyai 4 generasi album dari Tomok, Zack, Ristoe dan Afiez..
Selepas kemasukan Afiez, New Boyz muncul dengan album Semula Padaku yang membariskan komposer seperti Taja Meet Uncle Hussien, Along Exist, Edry KRU dan ramai lagi. Selain daripada menggunakan khidmat komposer luar, ahli New Boyz sendiri mengambil peluang dalam penciptaan lagu untuk album tersebut. Antaranya ialah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh vokalist kumpulan ini sendiri iaitu Tomok dengan lagu KAU BERNAMA CINTA. Lagu ini merupakan antara lagu yang menjadi HITS dalam Album Semula Padaku, dan lagu ini kerap di putarkan di corong-corong radio tempatan.
Setelah pengahsilan album Semula Padaku, New Boyz seakan menyepi disebabkan penjualan album yang tidak memberangsangkan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penjualan album yang terbantut yang dialami oleh keseluruhann artis Malaysia. Selepas dua tahun menyepi, New Boyz akhirnya muncul dgn dua single terbaru mereka iaitu KAU PERGI dan TERIMA KASIH (HERO) dimana penciptaan lagu sehingga prosess penghasilan keselurahan kedua-dua lagu dibuat sepenuhnya oleh mereka sendiri. Kau Pergi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tomok sendiri dan lagu Terima Kasih HERO merupakan lagu pertama ciptaan Zack selaku pemain BASS kumpulan New Boyz. Belum pun sebulan single itu dihasilkan Tomok pula mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan Program Reality One In A Million musim ketiga dan berjaya menjadi salah seorang finalist program reality itu dan telah dinobatkan sebagai Juara OIAM3. Penyertaan Tomok dalam program reality itu telah menjadi issue dan diperkatakan oleh masyarakat dan ada yang mengandaikan Tomok telah bergerak secara SOLO dan meninggalkan ahli kumpulannya yang lain dan sekaligus tidak lagi bergelar penyayi untuk kumpulan New Boyz. Tetapi semua andaian yang dibuat tidak tepat dan Tomok menidakkan berita itu dan sekaligus mengesahkan dia masih lagi penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tomok tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan New Boyz sama sekali dan menyatkan penyertaannya itu mendapat restu dan sokongan dari ahli New Boyz yang lain.
Sehingga kini, New Boyz masih lagi kekal berempat hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mempertaruhkan hasil kerja mereka yang seterusnya. Dikhabarkan mereka akan tumpukan perhatian dlm pembikinan album mereka sepenuhnya selepas Tomok selesai menghasilkan album SOLO beliau dalam masa terdekat.
Kini New Boyz mahu lebih dikenali sebagai NB iaitu singakatan untuk New Boyz itu sendiri.Antara album yang telah dihasilakn:- New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) Akur Wirama Inspirasi Bermulanya Satu Evolusi The Best of Newboyz Semula Padaku

Thursday, October 22, 2009

Kumpulan May

Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak penghujung 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu dan dicipta oleh pemuzik lain.
Kumpulan MAY ditubuhkan oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).

Kumpulan Kristal


Kumpulan Kristal merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu pop rock. Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang remaja lelaki. Mereka mula dikenali dengan lagu "Seragam Hitam" yang dimuatkan di dalam album debut mereka Semut dan Lebah.
Kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada rodi(penanyanyi) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.
Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .
Setelah keluar dengan semut, lebah & belalang..kini Kristal muncul semula dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu VIRUS!!! Album N.T Virus ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004 yang lepas. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.
'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.
Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, Zunika (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.
Line up asal Kristal ni terdiri dari Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bes), Bob (gitar kedua) dan Ainul (dram). Namun disebabkan Ainul dan Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain. Maka Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram. Maka tempat Joe digantikan oleh Aca (adik kepada Rody).

Tuesday, October 20, 2009

Kumpulan Headwind

Kumpulan Headwind merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan Headwind yang ditubuhkan awal tahun 80-an pada asalnya telah dianggotai oleh
1. Zainal Abidin Mohamad - Penyanyi / Trombone
2. Zulkifli Kasim (Zulkif) - Gitar Utama / Penyanyi
3. Abdul Razak Salleh - Drums / Percussions
4. Iginatiu Gerard Ooi (Nicky Ooi) - Gitar Bass / Penyanyi
5. Othman Masi (Man Senoi) - Keyboard / Penyanyi
6. Mohamed Rashid - Saxophone / Flute / Penyanyi
7. Abdul Razak Salleh - Drums / Percussions.
Awalnya bermain di kelab-kelab malam di seluruh tanah air. Sebagai sebuah kumpulan yang berbakat dan berkarisma telah menarik minat syarikat rakaman Polygram (Sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang teguh sedikit masa dahulu) untuk menerbitkan album Headwind.
Tahun 1983 menyaksikan munculnya album pertama Kumpulan Headwind yang memakai judul 'Headwind'. Banyak lagu yang menarik antaranya Usah Diteruskan, Sekadar Pengertian, Cinta Ke Akhir Masa dan Keindahan Pelangi. Tetapi mungkin kurangnya promosi album itu dipandang sepi. Malah, sebilangan besar peminat Headwind tidak mengetahui wujudnya album ini. Beberapa lama selepas itu, Othman Masri dan Mohamed Rashid menarik diri daripada Headwind atas komitmen masing-masing. Kudin menganggotai Headwind bertindak sebagai pemain Keyboard bagi mengisi kekosongan itu.
Anggota baru Headwind dibarisi oleh
1. Zainal Abidin Mohamad - Penyanyi / Trombone
2. Zulkifli Kasim (Zulkif) - Gitar Utama / Penyanyi
3. Nicky Oii (Ketua) - Gitar Bass / Penyanyi
4. Kudin - Keyboard / Penyanyi
5. Abdul Razak Salleh - Drums / Percussions.
Pada tahun 1986, Headwind muncul bersama semangat baru dengan album terbaru bertajuk 'Headwind 86'. Album ini benar-benar menggegarkan dunia seni tanahair dengan lagu malar segar (evergreen) seperti Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Hati Tak Berpenghuni, Pelangi (susunan muzik baru) dan banyak lagi. Nama Headwind semakin kukuh dipersada seni tanahair dan luar negara. Lahirlah album ke tiga Headwind berjudul 'Headwind 3' yang mengandungi lagu-lagu hits Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka. Memori Luka pernah memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik '87 (sekarang Juara Lagu).
Tahun 1987, Headwind mengeluarkan album Headwind 'Bisikkanmu' yang menyambung kepopularitian Headwind. Lagu-lagu seperti Bisikkanmu, Berakhir Satu Percintaan dan Kasihku Abadi terkandung di dalamnya. Album Headwind 'Dalam Ingatan' dikeluarkan tahun berikutnya mengandungi lagu-lagu hebat seperti Dalam Ingatan, Cinta Si Camar Putih, Entah Ke Mana Berlari dan Debu Liar. Ini antara album terbaik Headwind dengan lagu-lagu yang baik dan cover album yang menarik (Gambar anggota Headwind waktu kecil+Bangunan lama+Lanca).
Tahun 1989 merupakan tahun cabaran bagi Headwind. Dalam pasaran yang tak menentu, mereka mengeluarkan album Headwind 'Meditasi'. Lagu-lagu menarik terdapat di dalam album itu seperti Biar Saja Berlalu, Sejak Taufan Melanda dan Meditasi. Entah di mana silapnya album ini tidak berjaya dipasaran.
Perselisihan pendapat dalam sesuatu kumpulan memang tidak dapat dielakkan. Zulkif mahukan irama Headwind lebih kepada rock n roll, sebaliknya Zainal Abidin mahu mencuba kepada irama baru 'World Music' yang tak mungkin diperolehi di dalam muzik Headwind. Mungkin ini adalah antara penyebabnya membawa kepada pengunduran Zainal Abidin. Keputusan ini sangat mengejutkan peminat Headwind.
Dua tahun selepas itu, pada tahun 1991 Zainal Abidin muncul dengan album solo pertama berkonsepkan 'World Music'. Beliau sangat berjaya sebagai artis solo berikutan meledaknya album Zainalabidin (yang mengandungi lagu hits Hijau, Ikhlas Tapi Jauh, Insaf dan lain-lain). Sebuah album yang berkualiti dan terbaik pernah dikeluarkan di Malaysia. Zainal Abidin menjadi sebuah nama besar ketika itu jauh meninggalkan kumpulan lamanya Headwind.
Headwind mengeluarkan album koleksi terbaik berjudul 'Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi' yang mengandungi tiga lagu baru iaitu Cinta Di Dua Dunia, Gadis Jalanan dan Tak Ku Sangka nyanyian Zainal Abidin. Album ini mendapat sambutan baik dan ketiga-tiga lagu tersebut menjadi siulan ramai.
Headwind yang agak terumbang-ambing berikutan ketiadaan penyanyi, cuba mencari penyanyi baru bagi mengantikan Zainal Abidin. Melalui ujibakat selama beberapa bulan mereka menemui Lionel Xavier, seorang penyanyi kelab berpengalaman. Setelah itu, mereka muncul dengan album Headwind 'Kembali' untuk memberitahu peminat kembalinya Headwind dalam dunia seni tanah air. Selain penyanyi baru Lionel, Nicky Ooi, Kudin dan Zulkif turut menyumbangkan suara di dalam album tersebut. Banyak lagu-lagu menarik di dalam album itu, tetapi peminat masih merindukan suara Zainal Abidin. Maka, jadilah album itu sebagai album studio terakhir Headwind. Kegagalan album itu menyebabkan Headwind semakin dilupakan.
Pada Tahun 1990, Headwind mengeluarkan album koleksi terbaik ke dua berjudul 'Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi' bagi mengimbangi kegagalan album 'Kembali'. Tahun 1992, album koleksi 'Lagu-Lagu Karaoke Headwind' pula diterbitkan. Album 'Headwind Remix' pula diterbitkan pada tahun 1993 yang hanya mengandungi lima lagu hits iaitu Kita Serupa, Hanya Di Radio, Suraya, Debu Liar dan Dalam Ingatan.
Perpecahan secara tidak langsung terjadi. Tahun 1990, Zulkif menarik diri daripada menganggotai Headwind dan menjadi artis gitar solo. Sempat mengeluarkan dua album yang bertajuk Zulkif 'Misteri, Air, Api dan Angin' dan Zulkif 'Imaginasi'. Dua album experimental yang baik daripada Zulkif. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah Dunia Sama Rasa, instrumental Misteri, Air, Api dan Angin (Lagu kontroversi yang ada persamaan melodi dengan lagu Gary Moore 'Still Got The Blues') dan Suara oh Suara (Penyanyi undangan Ajin-Blackrose).
Penyanyi baru Headwind Lionel pula hilang entah ke mana sejak kegagalan album 'Kembali'. Anggota Headwind yang lain Nicky Ooi, Kudin dan Razak menjadi pemuzik undangan untuk penyanyi lain seperti Ella bersama Hillary Ang (gitarist Search, ex-Cromok). Setelah beberapa tahun, Headwind masih wujud cuma kurangnya publisiti dan ketiadaan album baru menjadikan mereka seakan menghilang dari dunia seni suara. Nicky Ooi mengambil keputusan mengundurkan diri daripada Headwind dan membuka perniagaan sendiri. Razak turut menarik diri, maka tinggallah Kudin meneruskan perjuangan Headwind. Menyedari tanggungjawab itu, Kudin bersama rakan-rakan baru menubuhkan kumpulan yang dinamakan Headwind 3 (Headwind generasi ke-3).
Peminat masih menunggu kemunculan 're-union' Headwind seperti yang diwar-warkan sedikit masa dulu. Menyaksikan gabungan kembali Zainal Abidin, Zulkif, Nicky Ooi, Kudin dan Razak seperti zaman kegemilangan mereka adalah hadiah untuk peminat setia mereka.

Monday, October 19, 2009

Kumpulan Streetheart


Streetheart adalah sebuah kumpulan rock daripada Kanada, berasal dari Regina,Saskatchewan.Lagu – lagu terbaik mereka termasuklah "Action", "What Kind of Love is This", "One More Time" dan versi mereka "Under My Thumb".
Pada tahun 1975,vokalis Ken Shields (dilahirkan di Nokomis.Saskatchewan),pemain keyboard dan bassist Gutheil Daryl Ken Sinnaeve Wascana mewujudkan kumpulan. Setelah berganti nama menjadi Streetheart ketika pemain gitar Paul Dean dan Drum Matt Frenettle bergabung pada tahun 1977.Merentis sementara itu Meanwhile Back in Paris tahun berikutnya dan Under Heaven over Hell pada tahun 1979,setelah Frenettle dan Dean membuat keputusan menubuhkan kumpulan Loveboy.Pada tahun 1980 Streetheart memenangi Juno Award untuk "Most Promising Group of the Year".
Lagu-lagu Streetheart yang paling popular adalah versi penutup pada tahun 1979 "Under My Thumb" oleh Rolling Stones (Streetheart awal pengaruh). Versi ini mencapai satu status di Kanada.
Selama empat tahun mereka merentis serangkaian album Quicksand Shoes (1980), Drugstore Dancer (1980), Action: Best of Streetheart (1981), the self-titled Streetheart (1982), Dancing with Danger (1983), dan double live album Live After Dark (1983). Diperolehi penjualan album mereka enam gold dan empat platinum albums di Kanada. Kumpulan ini berpecah pada tahun 1983,setelah mereka mengeluarkan lagu – lagu yang belum pernah diterbitkan yang disebut Buried Treasures pada tahun 1984.
Frehley's Comet dirakam versi mereka sendiri "Dancing with Danger" untuk album pada tahun 1988 dan di ulang rakaman kedua kali.Pada tahun 1991, Hardline dirakam versi mereka sendiri dari Sreetheart lagu "Hot Cherie" untuk album mereka pada tahun1992, Double Eclipse.
Pada kemuncak pembabitan mereka,Sreetheart itu,dengan beberapa kumpulan rock Kanada disertakan Chilliwack, Rush, Toronto, Harlequin, Max Webster, Aldo Nova, April Wine, Headpins; Kumpulan rock dari Amerika terdiri daripada Sammy Hagar, Styx, Kansas, Blue Öyster Cult; dan kumpulan rock dari Australia AC/DC.
Streetheart telah menerima anugerah Juo Award,dua Ampex Golden Reel, penghargaan sebuah Chimo Award dari Music Express Magazine dan memilih Kanada yang paling popular bertindak Peoples' Choice Awards. Dalam tahun 2008 kumpulan ini merentis 2-CD koleksi retrospektif berjudul Read All About It - The Hits/Anthology.

Kumpulan Handy Black


Kumpulan Handy Black merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Handy black ni merupakan band rock yang muncul tahun awal 80-an dulu. Antara lagu yang paling best ialah Natrah. Lagu yang menjadi lagenda kepada kumpulan ini, mengisahkan kejadian rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950an.
Lagu yang menceritakan penderitaan seorang gadis bernama Natrah ini adalah antara lagu yang diharamkan untuk penyiaran dari album kedua Handy Black pada tahun 1990 kerana menyentuh isu agama dan negara.
Bakat mereka dicungkil dari gagasan Clash Of The Bands. Lagu yang dirakamkan untok kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka masa tu adalah MAHMUD (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) BADD (bass) dan AMY Kamikaze (dram),
Album sulong Handy Black bertajuk GEMPAK keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit mereka masa tu "Jenazah Cinta", Vokalis Handy Black masa tu adalah ISA RAHMAN. Lagu2 Handy Black masa tu tak sempat dibuat kompilasi sampai la sekarang (Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujok lagu2 macam ni la). Handy Black kembali pada era 1990 an bersama beberapa line-up baru.
Kumpulan ini muncul semula pada lewat tahun 90an dengan menampilkan penyayi baru Zul. Dan anggota lama kumpulan ini yang masih kekal ialah LEE dan ELLY.
Walau bagaimanapun pada tahun 2005 Zul telah melangkah keluar dari HANDYBLACK dan tempat nya telah digantikan oleh AMAR dari kumpulan CRASH yang pernah hit dengan lagu MAHSURI 1st album dan Abadikan Salam 2nd album. Amar telah dilamar oleh kumpulan HANDYBLACK pada hujung tahun 2005 untuk mengantikan tempat Zul dan atas sebab tak dapat dielakkan penanguhan vokalist untuk HANDYBLACK terpaksa ditunda untuk mencari vokalist lain. Tapi dengan berkat sabar 3 anggota asal handyblack sehingga awal tahun 2007 AMAR sekali lagi dilamar oleh anggota handyblack bagi menepati citarasa kumpulan ini. Dengan oleh itu serta persetujuan anggota handyblack, AMAR dengan sah nya menganggotai kumpulan HANDYBLACK dan kini barisan anggota HANDYBLACK ialah AMAR, ZAM, LEE dan ELY

Kumpulan Fahrenheit


Kumpulan Fahrenheit merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Sejarah Fahrenheit bermula pada sekitar tahun 1995 dimana Yan dan Ary datang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah studio iaitu Heaven Studio, Ampang. Disana, mereka bertemu Ajaq - yang juga adik kepada bekas pemain bass kumpulan Gersang, Man Greng dan Dino - bekas pemain drum kumpulan Teja. Pembabitan mereka bermula dengan sesi 'jamming' di studio dan kemudiannya berjaya menambat hati Haron BPR untuk menjadikan mereka sebuah kumpulan rock dibawah naungan Life Record. Menyedari bahawa Life Record telah berjaya menaikkan nama XPDC, maka Fahrenheit bersetuju untuk menyertai mereka.
Nama Fahrenheit diambil sempena perkataan Far and Height yang juga menjadi matlamat mereka untuk pergi lebih jauh dan berada di persada yang tinggi. Selain itu, Fahrenheit yang juga berupa sukatan bagi suhu dan mereka mengharapkan kehadiran mereka mampu menghangatkan lagi industri muzik tanah air.
Album pertama Cahaya Gemilang dikeluarkan pada 1996 dengan lagu hits Kasih Orang Muda dan Sabar Menanti yang diterbitkan oleh Haron BPR. Album pertama ini juga berjaya melayakkan mereka mendapat anugerah platinum apabila terjual lebih 50,000 unit. Pada tahun yang sama Fahrenheit dicalonkan untuk Artis Baru Berkumpulan Terbaik bagi Anugerah Industri Muzik (AIM 96). Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila sebuah kumpulan yg agak low profile iaitu BABA berjaya menewaskan mereka. Namun begitu Fahrenheit terus mendapat sambutan hangat berdasarkan populariti dan kualiti persembahan pentas mereka.
Pada 1997, album kedua, Hero dikeluarkan dan ia masih menggunakan khidmat Haron BPR. Secara asasnya album ini masih menggunakan formula yang sama dengan album pertama. Pada tahun yang sama Dino bertindak untuk menarik diri atas alasan komitmen terhadap kerja. Tempat beliau diganti oleh Joe yang juga bekas anggota kumpulan Mercury. Malangnya, album Hero tidak mendapat sambutan seperti album pertama akibat masalah cetak rompak yang melampau. Biarpun dihinggapi masalah yang sedemikian nama Fahrenheit tetap digilai ramai "rockers" terutama semasa persembahan. Ramai yang memuji persembahan mereka cukup bertenaga setanding dengan kumpulan rock yang lain yang telah menempa nama seperti XPDC, Wings dan sebagainya.
Tahun berikutnya, nama Fahrenheit sedikit menyepi sehinggalah album Momok dihasilkan pada 1999 dan Haron BPR masih lagi kekal sebagai orang kuat untuk album ini. Dalam pada itu, gitaris utama mereka iaitu Yan pula mengambil keputusan untuk menarik diri bagi memberi tumpuan terhadap rumahtangga selepas album ini dikeluarkan. Tempat Yan digantikan oleh seorang pemuzik baru iaitu Bonn. Seperti sebelumnya, Momok juga kurang mendapat publisiti menyebabkan ia kurang diterima peminat walaupun lagu-lagu didalamnya lebih keras dan mantap berbanding album-album terdahulu. Ini mungkin juga kerana sambutan hangat yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan rock "meleleh habis" yang berjaya memadam kehebatan muzik rock sejati yang telah menguasai arena muzik sejak bertahun-tahun lamanya.
Setelah melihatkan fenomena cetak rompak yang semakin mengganas dan sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap album dan perjuangan irama rock mereka, kesemua anggota Fahrenheit bertindak mengambil haluan masing-masing bagi meneruskan kehidupan mereka dimana Ajaq, bonn, dan Joe menyertai Mael XPDC untuk menubuhkan Real XPDC manakala Ary terus menyepi sehinggalah kini beliau menjadi vokalis sementara bagi mengiringi persembahan XPDC Re-union di "Funfair" sementara menanti pembebasan Mael.
Fahrenheit dikhabarkan akan mengikut jejak langkah beberapa kumpulan rock "otai" dengan mengadakan re-union bagi mengembalikan nostalgia peminat terhadap mereka. Memandangkan kumpulan seperti MAY, Wings, Search berjaya dalam penampilan kembali (comeback) mereka, Fahrenheit juga ingin tampil untuk melakukan perkara yang sama. Diharapkan kumpulan yang popular dengan lagu hits seperti Sabar Menanti, Kelmarin Yang Pijar dan Ana ini dapat mengembalikan kegemilangan mereka sebagai salah sebuah kumpulan rock terbaik terutamanya semasa persembahan pentas.

Saturday, October 17, 2009

Kumpulan Metallica


Metallica merupakan kumpulan muzik heavy metal masyarakat Amerika dibentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California. Diasaskan apabila Lars Ulrich, pemain drum menghantar iklan di sebuah surat khabar tempatan Los Angeles, ahli-ahli Metallica terdiri daripada Ulrich selaku pemain drum, James Hetfield selaku penyanyi dan pemain gitar irama, Kirk Hammett selaku gitar lead manakala pemain bes yang banyak mengalami pertukaran. Sekarang kedudukan itu dipegang oleh Rober Trujillo.
Album keluaran awal Metallica merangkumi tempo yang pantas, instrumental, dan pemuzikan yang agresif yang menempatkan mereka dalam salah satu "big four" dalam subgenre trash metal seiring dengan Slayer, Megadeth dan Anthrax. Kumpulan muzik ini mendapat peminat yang semakin meningkat dalam komuniti dan pengkritik muzik underground, dengan keluarnya Master of Puppets pada tahun 1986 digambarkan sebagai salah satu album "heavy" trash metal yang paling berpengaruh. Kumpulan muzik ini memperolehi kejayaan komersil yang memberangsangkan dengan album Metallica pada tahun 1991, yang mana berjaya meraih No. 1 dalam Billboard 200. Hasil kejayaan pengeluaran album ini, mereka mengembangkan arah tuju muzikal yang membawa kepada penghasilan album yang lebih mainstream.
Pada tahun 2000, Metallica merupakan salah satu artis/kumpulan muzik yang menfailkan saman menentang Napster atas pengagihan bahan-bahan cetak terpelihara secara percuma tanpa persetujuan daripada Metallica. Akhirnya Napster menjadi perkhimatan guna-bayar setelah perjanjian tercapai. Walaupun mencapai No. 1 dalam Billboard 200, keluaran album St. Anger tidak disenangi oleh kebanyakan peminat kerana ketiadaan solo - solo gitar dan rentak drum yang terlalu agresif. Satu filem bertajuk Some Kind of Monster mendokumentasi proses merekod album tersebut.
Metallica telah mengeluarkan sembilan studio album, dua album live, dua Estended Play (EP), dua puluh dua video muzik dan empat puluh tiga singles. Kumpulan muzik ini telah memenangi tujuh Anugerah Grammy, dan mempunyai tiga album No. 1 dalam Billboard 200, menjadikan Metallica satu - satunya kumpulan muzik paling teratas dalam carta sebanyak lima kali berturut-turut. Album tahun 1991 (Metallica), telah dijual sebanyak 15 juta salinan di Amerika Syarikat, dan 22 juta salinan seluruh dunia, yang mana membuatkan penjualan album 25th tertinggi di negara tersebut. Kumpulan muzik ini telah menjual lebih kurang 100 juta rekod seluruh dunia setakat pengeluaran album terbaru mereka Death Magnetic. Setakat pada September 2008, Metallica merupakan artis kelima tertinggi dalam penjualan muzik sejak bermulanya era SoundScan menjejak hasil jualan pada 25 Mei 1991, jumlah jualan 51,136,000 album di Amerika Syarikat sahaja. Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling terkenal hari ini, dan kegiatan penjualan yang terbesar.
Dirujuk sebagai pemabuk dan tidak boleh bermain gitar oleh Metallica Metallica telah dibentuk di Los Angeles, California, pada awal tahun 1981 apabila pemain drum Lars Ulrich membuat pengiklanan ke akhbar tempatan Los Angeles —The Recycler— berbunyi " Pemain drum sedang mencari ahli muzik untuk bermain dengan Tygers dari Pan Tang, Diamon Head dan Iron Maiden." Pemain guitar James Hetfield dan Hugh Tanner dari Leather Charm menjawab iklan tersebut. Walaupun dia belum membentuk sebuah kumpulan muzik, Ulrich meminta pengasas Metal Blade Records, Brian Slagel jika dia boleh merekod sebuah lagu untuk kompilasi Metal Massacre label akan datang. Slagel menerima dan Ulrich merekrut Hetfield untuk menyanyi dan bermain gitar.
Ulrich berbincang dengan rakannya Ron Quintana yang mencadangkan nama kumpulan ini untuk fanzine. Quintana telah mencadangkan beberapa nama iaitu Metal Mania dan Metallica. Ulrich memilih Metallica sebagai nama kumpulan muzik ini. Iklan kedua diletakkan pada akhbar The Recycler untuk posisi lead gitar. Dave Mustaine menjawab, dan, selepas melihat gitarnya yang mahal, Ulrich dan Hetfield merekrutnya. awal tahun 1982, Metallica merekod lagu original mereka pertama "Hit the Lights" untuk Metal Massacre / kompilasi. Hetfield bermain bass dalam lagu tersebut dan Lloyd Grant diberi kepercayaan untuk solo gitar. Dikeluarkan pada 14 Jun 1982, cetakan awal Metal Massacre/ terdapat kesilapan dalam senarai sebagai "Mettallica'. Walaupun marah dengan kesilapan tersebut, Metallica berjaya menghasilkan lagu yang cukup mantap dan beraksi persembahan live mereka yang pertama di Radio City di Anaheim, California pada 14 Mac 1982 dengan pemain bass Ron McGovney yang baru direkrut. Metallica merekod demo pertama, Power Metal sebuah nama hasil inspirasi kad perniagaan Quintana pada awal tahun 1982. Pertengahan tahun 1982, Ulrich dan Hetfield menghadiri satu pertunjukan di kelab malam Whisky a Go Go yang mempamerkan pemain bass Cliff Burton dari kumpulan muzik Trauma. Mereka berdua terpegun dengan penggunaan pedal wah-wah Burton dan mempelawanya untuk menyertai Metallica. Hetfield dan Mustaine ingin menyingkirkan McGovney kerana dia tidak memberi sebarang sumbangan dan hanya sekadar mengikut. Walaupun pada awalnya Burton menolak pelawaan tersebut, tetapi pada penghujung tahun dia menerima pelawaan tersebut dengan syarat kumpulan muzik itu berpindah ke San Francisco. Persembahan live pertama Metallica ialah di sebuah kelab malam The Stone pada Mac 1983, dan rekod pertama bersama Burton adalah demo Megaforce pada tahun 1983.
Metallica telah bersedia untuk merekod album sulung mereka tetapi Metal Blade tidak mampu menanggung kos tambahan, kumpulan muzik itu mula mecari jalan lain. Penganjur konsert Johnny "Z" Zazula, demo No Life 'til' Leather 1982, menawarkan record deal dengan Metallica dan New York City - lebel rekod tempatan. Setelah tidak menerima sebarang label rekod, Zazula meminjam wang untuk menutup bujet rekoding dan Metallica menjadi label dibawahnya, Megaforce Records. Ahli kumpulan muzik ini menyingkirkan Mustaine keluar dari kumpulan muzik ini kerana penyalahgunaan dadah dan alkohol, dan kelakuan ganas. Pemain gitar Exodus, Kirk Hammett menjadi pengganti kepada Mustain pada hari yang sama Mustain disingkir. Persembahan Metallica bersama Hammet adalah pada 16 April 1983 di kelab malam The Show Denver, New Jersey.
Mustaine telah meluahkan perasaan kurang senang dalam wawancara. Katanya Hammett "stole my job, but at least I got to bang his girlfriend before he took my job — how do I taste, Kirk?". Mustaine sememangnya marah kerana percaya bawaha Hammett telah menjadi popular dengan bermain gitar lead yang ditulis oleh Mustaine. Pada tahun 1985, wawancara bersama Metal forces, Mustaine mencabar Hammett dengan berkata "it's real funny how Kirk Hammett ripped off every lead break I'd played on that No Life 'til Leather tape and got voted No. 1 guitarist in your magazine." Dalam album Megadeath Killing Is My Business... and Business Is Good!, Mustaine memuatkan lagu "Mechanix", yang mana nama tersebut diubah kepada "The Four Housemen" on Kill 'Em All oleh Metallica. Mustaine berkata dia berbuat demikian adalah untuk "mengukuhkan Metallica" kerana dia
Pada tahun 1983, Metallica mengembara ke Rochester, New York untuk merekod album pertama mereka, Metal up Your Ass, dengan tugas - tugas produsi yang diurus oleh Paul Curcio. Desebabkan konflik dengan label rekod kumpulan muzik dan keengganan pengedar mengeluarkan album dengan nama tersebut, album tersebut di nama semula sebagai Kill 'Em All. Dikeluarkan atas Megaforce Records di U.S dan Music for Nation di Eropah, album tersebut naik tangga ke 120 dalam Billboard 200, dan walaupun album tersebut pada awalnya tidak berjaya dari segi kewangan namun ia meningkatkan peminat dalam underground metal scene. Kumpulan muzik ini memulakan jelajah Kill 'Em All bersama Raven untuk menyokong pengeluaran album tersebut. Pada Februari 1984, Metallica menyokong Venom dalam Jelajah Seven Dates of Hell, dimana mereka beraksi di Festival Aardschok di Zwolle, Belanda.
Metallica merekod studio album yang kedua, Ride the Lightning, di Sweet Silence Studios di Copenhagen, Denmark. Dikeluarkan pada Ogos 1984, album tersebut naik ke tangga 100 dalam Billboard 200. Seorang warga Perancis yang tersalah cetak album hadapan yang berwarna hijau kini dijadikan sebagai bahan koleksi. Lagu lain dalam album ini termasuk lah "For Whom the Bell Talls", "Creeping Death" (yang menyatakan cerita berunsul alkitab penghijrahan Hebrew dari perhambaan di Egypt, menumpukan pada pelbagai wabak yang dikunjungi oleh orang Egypt), dan "The Call of Ktulu" instrumental. Mustaine menerima pengiktirafan untuk "Ride the Lighting" dan "The Call of Ktulu".



Pengarah Elektra Records A&R Micheal dan pengasas bersama Q-Prime Management Cliff Burnstein menghadiri konsert Metallica pada September 1984. Terpegun dengan persembahan Metallica, mereke menandatangan kontrak Metallica dengan Elektra Records dan menjadi pelanggan kepada Q-Prime Management. Kejayaan Metallica yang pantas menjadikan muzik label British menerbitkan edisi terhad Creeping Death EP, yang telah dijual 40,000 salinan seperti diimport di A.S. Dua daripada tiga lagu dalam rekod (versi muka Diamond Head "Am i Evil?", dan Blitzkrieg "Blitzkrieg") muncul dalam Elektra 1989 penerbitan semula Kill 'Em All. Metallica memulakan jelajah Eropah mereka yang pertama yang mana purata penonton sebanyak 1,300. Sekembali ke U.S menandakan tajuk jelajah bersama dengan W.A.S.P dan Armored Saint. Metallica beraksi dalam persembahan mereka yang terbesar di festival Monster of Rock pada 17 Ogos 1985, bersama Bon Jovi dan Ratt di Donington Park, England, beraksi di depan 70,000 orang. Satu persembahan di Oakland, California, pada festival Day on the Green melihat kumpulan muzik ini beraksi di depan 60,00 orang penonton.
Album ketiga Metallica, Master of Puppets direkod di Sweet Silence Studio dan dikeluarkan pada Mac 1986. Album tersebut meningkat tangga ke-29 dalam Billboard 200, dan bertahan selama 72 minggu dalam carta tersebut. Album tersebut merupakan album pertama yang diberi pengiktirafan emas pada 4 November 1986, dan diiktiraf enam kali platinum pada 2003. Steve Huey daripada Allmusic mempertimbangkan album tersebut sebagai "kejayaan terbesar kumpulan muzik ini". Selepas pengeluaran album tersebut, Metallica membuat jelajah U.S dibantu oleh Ozzy Osbourne. Hetfield tercedera pada pergelangan tangan selepas bermain papan luncur meluncur menuruni bukit, walaubagaimanapun menyambung jelajah sebagai penyanyi, dibantu oleh John Marshall selaku juruteknik gitar bermain untuknya sebagai gitar irama.


Peringatan kepada Burton di Ljungby, Sweden
Pada 27 September 1986, semasa Jelajah Damage Inc. Metallica ke Eropah, mereka mencabut undi menggunakan daun terup untuk melihat tempat tidur pilihan mereka di dalam bas. Burton menang dan memilih untuk tidur di tempat tidur Hemmett. Sekitar waktu subuh di Dörarp, Sweden, pemandu bas mereka hilang kawalan dan menggelongsor, memyebabkan bas itu terbalik beberapa kali. Ulrich, Hammet dan Hetfield tidak mengalami kesederaan yang serius; walaubagaimanapun, pemain bes Buton telah dihimpit di bawah bas dan terbunuh. Hetfiel berkata, "saya nampak bas itu menghimpitnya, saya nampak kakinya terkeluar dan saya panik. Pemandu bas tersebut cuba mengambil selimut daripadanya untuk kegunaan orang lain dan saya berkata "Jangan buat itu!" saya hampir ingin membunuh pemandu bas tersebut. Kematian Burton meninggalkan keraguan pada masa depan Metallica. Ketiga-tiga mereka kekal ahli kumpulan muzik dan tersebut membuat keputusan untuk meneruskan impian mereka. Dengan restu keluarga Burton mereka mencari pengganti Burton.
Lebih kurang 40 orang mencuba ujibakat termasuk kawan zaman kanak-kanak Hammett, Les Claypool dari kumpulan muzik Primus, Troy Gregory dari kumpulan muzik Prong dan Jason Newsted, bekas kumpulan muzik Flotsam dan Jetsam. Newsted tang telah mempelajari semua senarai set Metallica, dan selepas ujibakat tersebut Metallica mempelawanya ke Tommy's Joynt di San Francisco. Hetfield, Ulrich dan Hammett membuat keputusan bahawa Newsted adalah orang yang sesuai menggantikan Burton, dan persembahan langsung pertama Newsted bersama Metallica ialah di Country Club di Reseda, California. Ahli kumpulan muzik ini membuat 'permulaan' bersama Newsted dengan mengenakan Newsted dengan memakan bebola wasabi.
Pada Mac 1987, Hetfield mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya kali kedua selepas bermain papan luncur. Juruteknik gitar, Marshall kembali untuk bermain gitar irama, tetapi kecederaan ini terpaksa membatalkan persembahan mereka bersama Saturday Night Live. Metallica menamatkan jelajah mereka pada awal bulan 1987 dan pada Ogos 1987 semua EP mereka bertajuk The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited diterbitkan. EP tersebut direkod untuk sebagai usaha menggunakan rekod studio mereka yang baru dibina, menguji bakat Newsted, dan mengurangkan kesedihan dan tekanan berikutan kematian Burton. Satu video bertajuk Cliff 'Em All telah diterbitkan pada 1987 sebagai peringatan 3 tahun Burton bersama Metallica. Video tersebut disertakan solo bes, video di rumahnya dan gambar-gambar.
…And Justice for All, merupakan album studio pertama mereka semenjak kematian Burton, dikeluarkan pada 1988. Album tersebut berjaya dari segi komersil, berada dalam tangga ke enam pada Billboard 200, dan merupakan album pertama kumpulan muzik ini berada dalam 10 teratas dalam carta tersebut. Album tersebut disahkan platinum selama sembilan minggu selepas penerbitan album tersebut. Bes yang dimainkan oleh Newsted dalam album ini sengaja ditolak yang merupakan salah satu "penghinaan" berterusan yang diterimanya dan idea muziknya juga diabaikan (walaubagaimanapun, dia menerima penghargaan dalam penulisan muzik untuk lagu "Blackened").


James Hetfield dari Metallica membuat persembahan langsung di O2, London, UK, 15 September 2008
Pada Oktober 1990, Metallica berkunjung ke One on One studio di North Hollywood untuk merekod album terbaru mereka. Bob Rock, pernah bekerja dengan kumpulan muzik The Cult, Bon Jovi, dan Mötley Crüe diberi kepercayaan bekerja dengan Metallica sebagai produsi. Metallica {juga dikenali sebagai "The Black Album") telah diolah sebanyak tiga kali, bernilai 1 juta dolar dan menyebabkan berlaku tiga penceraian.


Muka depan album Load
Setelah hampir tiga tahun menjelajah untuk mempromosi album Metallica termasuk membuat persembahan utama di Woodstock '94. Metallica kembali ke studio untuk menulis dan merekod studio album ke enam mereka. Kumpulan muzik ini berehat pada musim panas pada tahun 1995 dan membuat tiga persembahan termasuk persembahan utama mereka di Donington Park di United Kingdom bersama - sama Slayer, Skid Row, Slash's Snakepit, Therapy? dan Corrosion of Conformity
Pada tahun 2000, Metallica mendapati satu demo lagu mereka "I Disppear", yang sepatutnya diterbitkan bersama - sama runut bunyi Mission: Impossible II, telah dimainkan radio ke udara. Setelah menjejak sumber yang mengeluarkan lagu tersebut, kumpulan muzik ini mendapati fail tersebut adalah daripada rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan Napster dan mereka juga mendapati semua katalog kumpulan muzik ini boleh diperolehi secara percuma melalui rangkaian tersebut. Serta - merta tindakan dijalankan menentang Napster dengan menfailkan sama terhadap Napster di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Pusat Daerah California yang mana Napster secara haram.
Semasa rancangan untuk memulakan studio album terbaru mereka, Newsted meninggalkan kumpulan muzik ini pada 17 Januari 2001. Kenyataannya menunjukkan pemergiannya adalah berdasarkan sebab - sebab peribadi dan keadaan fizikal yang dilakukan terhadap dirinya semasa bermain muzik yang disukainya.


Persembahan live Hammett pada tahun 2007
Pada Disember 2006, Metallica menerbitkan DVD yang mengandungi kesemua video muzik dari tahun 1989 hingga 2004. DVD tersebut bertajuk The Videos 1989–2004, dijual sebanyak 28,000 salinan pada minggu pertama dan memasuki carta Billboard Top Videos pada tangga ketiga.
Terpengaruh dengan kumpulan muzik heavy metal sebelumnya seperti Black Sabbath, Deep Purple, dan Led Zeppelin dan irama baru kumpulan muzik Heavy Metal British seperti Venom, Motörhead, dan Iron Maiden. Diawal penerbitan album Metallica mengandungi tempo yang laju, gitar solo yang diharmoni, dan sembilan minit instrumental. Steve Huey dari Allmusic berkata bahawa Ride the Lighting memaparkan "extended, progressive epics; tight, concise groove-rockers". Huey merasakan Metallica mengembangkan teknik pengkomposisi dan jurang ekspresi untuk membawa pembawaan yang lebih agresif pada penerbitan album seterusnya, dan lirik lagu lebih kepada isu peripada dan sosial. Tema lirik dalam Master of Puppets merangkumi keagamaan, pemimpin askar, kemarahan, kegilaan, raksaan dan dadah.
Pada 1991, dengan penerbit baru Bob Rock, Huey merasakan Metallica meringkaskan dan meluruskan muzik mereka lebih kepada pendekatan komersil untuk menarik pendengar mainstream. Kumpulan muzik ini telah meninggalkan pembawaan lagu yang agresif dan tempo yang laju, seperti yang diperkatakan oleh Robert Palmer dari kumpulan Rolling Stone.
Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik heavy metal yang paling berpengaruh dan diberi penghargaan sebagai salah satu "big four" kumpulan muzik trash metal seiring dengan Slayer, Anthrax, dan Megadeath. Kumpulan muzik ini telah menjual sebanyak 90 juta rekod sedunia, termasuk 57 juta di Amerika Syarikat membuatkan Metallica sebuah kumpulan muzik trash metal paling berjaya dari segi komersilnya.
CLEVELAND 5 April – Kumpulan rock terkenal, Metallica menerima penghormatan tertinggi dalam industri muzik Amerika Syarikat apabila dimasyhurkan dalam senarai The Rock and Roll Hall of Fame, semalam.
Kumpulan tersebut dianggotai oleh James Hatfield, Lars Ulrich, Robert Trujillo dan Kirk Hammett ditubuhkan di Los Angeles pada 1981, terkenal dengan lagu heavy metal, Enter Sandman.
Hetfield dan pemain dram, Lars Ulrich berpelukan di atas pentas selepas menyampaikan ucapan penghargaan terhadap para peminat yang telah menyokong Metallica dalam masa susah dan senang, termasuk kematian pemain gitar bass pertama mereka, Cliff Burtan pada 1986.
‘‘Impikan sesuatu yang hebat dan berani untuk gagal,’’ kata Hetfield. ‘‘Saya cabar anda lakukannya kerana kejayaan kami adalah bukti bahawa tidak mustahil untuk menukar impian menjadikan kenyataan,’’ tambahnya.
Metallica mencipta kemasyhuran dengan album Master of Puppets yang diterbitkan pada 1986 dan album bertajuk sendiri Metallica pada 1991 yang masih menjadi kegemaran peminat hingga ke hari ini.
Penyanyi atau kumpulan yang layak disenaraikan dalam Rock & Roll Hall of Fame dipilih oleh 600 pengundi terdiri daripada penyanyi atau kumpulan yang mempunyai rekod album sejak 25 tahun lalu.

Kumpulan Exists


Kumpulan Exists merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai 4 orang yang kesemuanya adalah lelaki. Mencipta nama dalam tahun 90-an dengan lagu Untukmu Ibu.
Sejak penubuhan awal Exists pada tahun 1991 sehingga kini, beberapa perubahan telah berlaku di dalam ahli kumpulan ini. Nama kumpulan ini juga telah bertukar daripada EXIST pada 1989 kepada EXISTS pada 1996.
Kemunculan awal Exists bermula pada awal 90-an sekitar tahun 1991-1992. Exists di kala itu dikenali sebagai EXIST yang dianggotai seramai 6 orang ahli. Exist jika dirujuk kamus bermaksud ada/wujud yang mana ingin menjadikan kumpulan muzik yang terus wujud sampai bila-bila.
Ahli-ahli exists pada ketika itu ialah mamat (vokalis,kini bergerak solo), shah (guitar,kini bersama slam), Along (guitar ke-2), musa (bass), Ajai (keyboard,kini penggubah terkenal) dan Ujang (drum).
Pada tahun 1991 mereka telah muncul dengan album pertama mereka yang berjudul EXIST di bawah label Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.
Kesemua ahli kumpulan Exist pada ketika itu berasal dari Johor Bahru dan purata umur mereka 14 hingga 18 tahun. Bakat mereka telah dikesan oleh Jojo's Production. Mereka mempunyai bakat dan kemahiran bermain muzik dan mencipta lagu kerana masing-masing mempunyai latar belakang asas muzik yang kukuh.
Pada album kedua Exist yang berjudul anugerah, Shah telah menarik diri dari kumpulan Exist atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka tinggallah 5 orang ahli di dalam kumpulan Exist. Namun mereka tetap maju ke depan apabila album ini turut menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG MUSIC telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka. Isu itu telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman JOJO production tidak memberikan restu untuk Exist keluar dari JOJO production.
Namun akhirnya Exist berjaya menandatangani kontrak dengan BMG MUSIC. Tetapi perpindahan Exist dari JOJO production ke BMG MUSIC telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka Mamat apabila beliau tidak ingin turut serta bersama ahli kumpulan Exist yang lain. Maka dengan itu mereka telah mengiklankan untuk mencari vokalis mereka yang baru. Setelah menguji bakat mereka yang sedia untuk diuji, maka mereka telah tertarik kepada seorang remaja yang bernama Mohd Rohaizad Mohd Lazim ataupun dikenali sebagai Ezad. Sejak dari itu, ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan telah merakamkan album pertama dengan Exist yang berjudul Diammu Gunung Berapi.
Pemilihan Ezad sebagai vokalis baru Exist tidak sia-sia apabila album Diammu Gunung Berapi turut meletup sebagaimana gunung berapi apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Malah album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak dari itu ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist di persada Muzik tanah air.
Semasa album Jangan Gentar, Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS dimana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Ini disebabkan wartawan sering kali salah menulis Exist kepada Exists dan ini turut menandakan perubahan Exists ketahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas album Jangan Gentar, Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpukan kerjayanya sebagai penggubah dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 orang di dalam kumpulan.
Kini Exists terus maju apabila album mereka ADA dan yang terbaru Seperti Dulu mencatatkan jualan yang membanggakan. Album ADA yang popular dengan lagu Jesnita dan Julia telah melonjakkan kembali nama Exists

Ella & The Boys


Kumpulan Ella & The Boys adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 & terdiri daripada Ella (Vokal), Lord (Gitar), Ayie (Bass) & Mie (Dram). Nama 'Ella' telah diletakkan bersama 'The Boys' bagi memberi penghormatan terhadap diva rock pertama ketika itu. Ia mula dikenali ramai semenjak tahun 1986, setelah menyertai "Battle Of The Band" di Pulau Pinang.

Setelah menyertai pertandingan Battle Of The Band, nama kumpulan tersebut melonjak naik dengan begitu mendadak sekali. Ia sekaligus meletakkan nama kumpulan Ella & The Boys sebaris dengan band-band tersohor yang lain seperti Search, Lefthanded , Wings dan Visa. Nama Ella begitu besar dalam industri muzik ketika itu kerana beliau merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang memperjuangkan muzik rock. Di sebalik kemasyuran yang dikecapinya, mereka juga turut menghasilkan empat buah album dengan Warnada Record (kini Warner Music). Namun, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi olehnya juga dicemburui pihak lain. Pernah suatu ketika dahulu, kelab malam yang sering menjadi tempat mereka mencari rezeki telah hangus terbakar disebabkan hasad dengki orang lain terhadapnya. Di sinilah berakhirnya penubuhan kumpulan tersebut dan Ella akhirnya membuat keputusan untuk bergerak solo.

Kumpulan DeF-Gab-C


Kumpulan DeF-Gab-C merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Def-Gab-C popular dengan lagu Ibu Kota Cinta, Cinta Sakti, Marilah Maria, kini menghasilkan Album Merah. - Merah, Cinta Sakti, Marilah Maria, Aku dan Kamu, Melayu Tak Hilang, Suara Nada Rindu, Ariato, Ini Lagu Itu, Terbang, Retrospektif
Kumpulan Def-Gab-C pernah dianugerah Kumpulan rock terbaik dalam Anugerah Ceria Media Hiburan dan Album Rock Terbaik AIM 2001.
Nama kumpulan ini dikatakan diilhamkan oleh JS Kevin, seorang penggubah dan penulis lirik lagu rock yang terkenal sekitar 80-an dan 90-an.
Dianggotai oleh Asheed,Jemboo,Eddy dan drummer terbaru mereka iaitu Nas yang pernah menganggotai salah sebuah kumpulan underground di Malaysia.Album terbaru yang hangat di pasaran sekarang ialah RAW.Memuatkan lagu hit seperti Ampunkan Aku.Selain itu,lagu-lagu lain yang best ialah Syukur Segala, Lara Arjuna dan Hiasan Kiasan.

Kumpulan Cromok


Kumpulan Cromok merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Inggeris.
Kumpulan CROMOK merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1987. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer).
Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu.
CROMOK kemudiannya menyertai EMI Record pada tahun 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album 'Forever In Time' merupakan album paling berjaya CROMOK dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.
CROMOK seterusnya mengeluarkan album 'Yours Truly' pada tahun 1996, Mean, Meaner, Meanest (1999), Re-release Image of Purity (2000), What's Left (2000), Deafening Silence (2002), Engrave in Eternity (kompilasi 2003), Untitled (2004), Untitled + raw (2005) dan The Great : Metal Manifest (2006).
Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri dari menganggotai CROMOK atas masalah kerjaya dan keluarga. Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris tetapi Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik. Hillary pernah menyertai kumpulan SEARCH dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain. Beliau sebenarnya telah bekerjasama dengan CROMOK sejak album 'Mean, Meaner, Meanest' tahun 1999. Hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Kumpulan SEARCH.
Apabila Din menamatkan pengajian, atas sebab-sebab peribadi dia telah menubuhkan kumpulannya sendiri dan tidak menyertai CROMOK. Kumpulannya bernama D'CROMOK. Huruf 'D' pada pangkal perkataan CROMOK sebenarnya bermaksud Din, ataupun din telah merakamkan album bertajuk 'VII Years VII Days' bersama Valentine Records pada tahun 1995. Dalam Album itu, dia berganding dengan Muhammad Syahmi dari Muar,Johor.
Din bertugas sebagai jurutera di Petronas Kemaman, Terengganu kemudiannya jatuh sakit dan meninggal dunia akibat demam malaria. Maka berakhirlah riwayat Din dan D'CROMOK

Saturday, October 3, 2009

Kumpulan Carefree


Kumpulan Carefree merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang sangat popular pada akhir tahun 1970-an. Kumpulan Carefree muncul dengan album sulung berjudul Kebebasan yang memuatkan lagu Rindu Bayangan pada tahun 1979. Kumpulan Carefree mengikat kontrak sebagai artis rakaman antarabangsa EMI. Mereka sempat merakamkan tiga album iaitu Kebebasan, Kebebasan II dan Kebebasan III.
Selain Jay Jay, lagu dalam kumpulan ini turut dinyanyikan oleh Wan dan Simon. Misalnya, dalam album Kebebasan, Wan menyanyikan lagu Aku Terpesona dan berduet dengan Simon menerusi lagu Hanya Kita Berdua. Simon pula menyanyi solo lagu Rayuan Kasih dan berduet bersama Jay Jay dalam lagu Ke Disko. Jay Jay pula menyanyi secara solo untuk lagu Rindu Bayangan, Joget Mak Enon, Dendangan Laguku, Anak, Menari, Kenanganku dan Perkelahan.
Dalam album kedua mereka iaitu Kebebasan II, Jay Jay menyanyikan lagu Kini Baru Kau Sedar, Tiada Lagi Air Mata, Joget Teruna Dara, Baju Hijau dan Tahniah Dan Ucap Selamat. Lagu lain dinyanyikan oleh Simon dan Wan. Lagu Belaian Jiwa yang menggunakan vokal Simon antara lagu popular selain lagu nyanyian Jay Jay. Lagu lain adalah Esok Masih Ada, Sahabat Pena, Pejamkan Matamu (Mimpikan Wajahku), Bayangan Mesra dan Petang Sabtu (Kau Jadi Temanku). Lagu Esok Masih Ada menjadi lagu tema filem Esok Masih Ada arahan Datuk Jins Shamsudin.
Kalau album pertama menggunakan khidmat Omar Taib sebagai penerbit, album dan ketiga Carefree menggunakan S Atan. Album ketiga Carefree, Kebebasan III diterbitkan pada tahun 1980 memuatkan lagu Menyesal Tak Berguna, Hentikan Fitnahmu, Joget Anak Gembala yang dinyanyikan oleh Jay Jay. Lagu-lagu lain dinyanyikan oleh Wan dan Simon seperti Sinaga Naga, Ku Bercinta dan Lagu Rindu.
Disebabkan memiliki tiga penyanyi, lagu Carefree pelbagai rentak dan lenggok seperti Joget Anak Gembala, Joget Mak Enon dan Joget Teruna Dara. Bibit perpecahan dalam kumpulan Carefree sudah bermula dalam album ketiga mereka. Ia mula diperkatakan apabila Nana dan Lokman keluar daripada kumpulan ini menyebabkan album Kebebasan III tanpa mereka. Akhirnya pada 31 Disember 1982, Carefree terpaksa akur dengan perpecahan secara rasmi.