CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 15, 2009

Ahmad Azhar bin Othman


Ahmad Azhar bin Othman (lebih dikenali sebagai Awie; lahir 28 November 1968) merupakan penyanyi asal Kumpulan Wings.
Beliau dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti kumpulan Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.
Kumpulan Wings adalah kumpulan yang dianggotai Awie sebagai penyanyi utama sebelum bergerak secara solo. Awie kemudiannya memperkembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dan ternyata dia berjaya dalam kedua-dua bidang. Awie kemudiannya mengambil langkah untuk membentuk kariernya sebagai penyanyi solo. Album solo pertama Awie yg berjudul "Awie" diedakan pada tahun 1994 telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan Awie sebagai pemegang rekod penjualan tertinggi pada satu album oleh penyanyi lelaki di Malaysia
Beliau berkahwin dengan Arni Nazira Anuar, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan 2 orang anak:
Putri Aleeya Antasha
Putri Aleefa Antasha
Tetapi pada September 2006, Arni telah membuat tuntuan cerai ke atas Awie. Pada 16 Oktober 2006, beliau telah menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.

Kumpulan Alleycats


Kumpulan Alleycats merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Senandung Semalam. Kumpulan ini boleh dikatakan kumpulan muzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu. Alleycats yang mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 1970-an masih kekal hingga sekarang dan mereka masih aktif menyanyi.
Kumpulan Alleycats pernah membuat persembahan di kelab Mocambo di Hong Kong pada tahun 1976. Sepatutnya kontrak persembahan mereka hanya selama tiga tahun tetapi atas sambutan meriah, pendiaman mereka di wilayah tersebut dipanjangkan menjadi tiga tahun dan mereka juga meraih perhatian melalui persembahan televisyen. Setelah itu, mereka berpindah ke Singapura setelah menerima tawaran merakam album.
Di Singapura, album pertama mereka Terima Kasih diterbitkan pada tahun 1978, menonjolkan dua vokalis adik beradik kelahiran Pulau Pinang ini dengan stail rambut Afro mereka. Untuk album pertama kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu saduran kecuali lagu Senandung Semalam. Kedua-dua adik-beradik itu, David dan Loganathan Arumugam merupakan pengasas kumpulan Alleycats.
Kewujudan kumpulan ini dianggap penting kepada industri muzik Malaysia ketika itu. Sehingga hari ini mereka masih dianggap salah sebuah kumpulan muzik teragung dalam sejarah muzik Malaysia. Sungguhpun banyak mengalami perubahan dalam ahli-ahli hingga kini, namun mereka masih giat merakam dan membuat persembahan.
Loganathan Arumugam meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru di Hospital Mount Miriam, Pulau Pinang, pada jam 10:50 pagi pada 4 Jun 2007 pada usia 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Saturday, November 7, 2009

Kumpulan A.C,A.B


Peneraju utama band ini adalah Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan band ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini.
Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajukkan nama band itu sendiri yang mana memuatkan tujuh buah lagu seperti Unfairground, City Girl, A.C.A.B., Fight For Your Right dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Seperti yang diduga dari awal, demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Kejayaan itu sudah pasti tidak disia-siakan. Tibalah masa band ini untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah gig pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah crowd yang diimport khas dari Kuala Lumpur.
Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!", mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Gig demi gig dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi.
Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, scene ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi.
Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul UNITE & FIGHT. Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, Ep ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul.
UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti 'gigging' diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda.
Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP Eastern Oi! dan single We Are The Skins. Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ianya terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat.
Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE.
Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ianya menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.
Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band SKAnya iaitu, GERHANA SKA CINTA. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!
Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat

Tuesday, November 3, 2009

Kumpulan Sweet Charity


Kumpulan Sweet Charity sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Joe Salim(Gitar),Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)
Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura! Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak dirantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.
Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1995,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama, Zakiah.

Sunday, November 1, 2009

Kumpulan The Muffins

Kumpulan The Muffins merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan The Muffins dibarisi lima remaja,
(Apex) Zulkarnain bin Zainal - Penyanyi.
(Bard) Badrul Hisham bin Abdullah
(Ajak) Abdul Razak bin Ramli @ Mohd Shah - gitar
(Wan) Mohd Herwan bin Sairon - bass
(Nick) Mohd Azrul bin Hayat Ismail - drum.
Menurut Apex, mereka meminati muzik yang dipopularkan oleh Beatles, Radiohead, Dewa dan Padi. Konsep lagu yang akan mereka perjuangkan ialah alternatif. Jelas Apek, sebelum penubuhan The Muffins, Ajak pernah menganggotai kumpulan Stiff River manakala Badrul pula bekas ahli kumpulan Flop Poppy.
Kami bertemu di satu studio di Kuala Lumpur. Waktu itu masing-masing baru selesai menjalani latihan di situ.
Pada pertemuan itu, Badrul telah mencetuskan idea untuk menubuhkan The Muffins.
Menyedari kami mempunyai minat yang sama lalu idea itu menjadi kenyataan. Namun sebagai percubaan dan untuk melihat sejauh mana pendengar boleh menerima kehadiran The Muffins dalam persada seni, NSR mahu Mimpi Lagi dimuatkan dalam The Bands.
“Lagu itu adalah ciptaan kami sendiri.
“The Muffins sangat berbesar hati kerana NSR sudi memuatkan lagu ciptaan kami dalam album itu. Sebagai orang baru tentu sekali peluang itu terus menaikkan semangat kami dan lebih optimis untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ini.
Kini Mimpi Lagi sudah diputarkan di corong semua stesen radio. Kami harap Mimpi Lagi tidak mengecewakan kerana pada Julai atau Ogos ini kami akan hadir dengan album studio penuh,” kata Apex.
Kelima-lima anak muda itu mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Kerana minat yang membara di jiwa, mereka tidak mahu untuk mengenepikan bakat seni itu begitu saja.
Paling mustahak mereka sudah menamatkan pelajaran masing-masing sekali gus hasrat ibu bapa tertunai sudah.
Jadi tidak salah jikalau kami meneruskan minat seni ini. Kelulusan yang ada boleh dijadikan sandaran masa depan sekiranya The Muffins tidak diperlukan dalam industri,” ujar Apex mewakili kawan-kawannya.
Antara lagu lain dimuatkan dalam The Bands, Masih (Flop Poppy - rakaman baru), Akustatik (OAG), Mama Tolonglah Percaya (Exists) dan Kekal (Spider). Album itu memasuki pasaran pada 3 Mei lalu.

Thursday, October 29, 2009

Kumpulan Rusty Blade

Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia. Kumpulan Rusty Blade telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1985 yang merupakan album EP. Pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!
Album kedua Rusty Blade "Rintangan Hidup Dunia" di terbitkan oleh Razzi M (Bekas pemain guitar Black Dog Bone) di keluarkan pada 1986.Pada Album ini Izad telah mengantikan Mamat sebagai pemain guitar kedua. Album ini telah menaikan nama Rusty Blade dan terjual sebanyak 100,000 unit. setelah album ini di keluarkan Rusty Blade mula membuat road show di serata Semenajung Malaysia. Concert pertama mereka adalah di Ipoh pada 1987 di Stadium Indra Mulia. Mereka kemudian membuat show di Johor Baru dan Kuala Lumpur. di Kuala Lumpur mereka penuhkan Stadium Negara dan Konsert itu di iktiraf oleh pihak media sebagai Show yang terbaik pernah diadakan diKuala Lumpur. Md.Noor Hendrix telah mengantikan Izad selaku pemain guitar semasa road show ini.
Pada 1988 album ketiga Rusty Blade "Berat" di hasilkan. Rusty Blade sendiri bertindak sebagai Penerbit. Ia nya merupakan sebuah album yang benar-benar "heavy" yang mempunyai mutu yang mantap. "Berat" terus menjulang nama Rusty Blade di pesada musik tanah air. Setelah "Berat" berada di pasaran, pemain Bass Razak meninggalkan kumpulan ini. Rusty Blade mencari pemain bass baru ramai yang di cuba akhirnya Mann Karen dari kumpulan Rockers menggantikan tempat sebagai pemain Bass. Dengan adanya Mann Karen Rusty Blade bertambah baik segi persembahan muzik mereka
Tahun 1989 Rusty Blade menghasilkan album "Awas" ternyata ia sebagai album terakhir Rusty Blade sebelum mereka mengundurkan diri dari dunia seni Malaysia buat seketika

Tuesday, October 27, 2009

Kumpulan Real XPDC


Kumpulan Real XPDC adalah sebuah kumpulan yang diasaskan oleh Mael XPDC. Dari rasa tidak puas hati akibat disingkirkan dari XPDC, Mael tekad menubuhkan sebuah kumpulan bagi meneruskan sisa perjuangannya ketika bersama XPDC.
Beliau membawa Ajaq, Bonn dan Joe dari kumpulan Fahrenheit untuk bersama-samanya melaksanakan impian untuk bersaing dengan XPDC. Peristiwa perpecahan XPDC telah membuatkan peminat sering terkeliru sehinggakan ada dikalangan mereka memboikot XPDC dan Real XPDC. Disebabkan kekeliruan dan masalah dalaman di antara kedua-dua kumpulan ini, Mael seterusnya menukar nama Real XPDC kepada Real X. Beliau juga telah membawa anggota baru bagi menggantikan anggota sedia ada.
Real XPDC sempat merakamkan sebuah album iaitu Konsert Real XPDC Live. Album ini dirakam secara "raw" semasa mereka mengadakan persembahan. Kualitinya juga dianggap terburuk bagi sejarah pembabitan Mael di dalam dunia muzik kerana tiada sebarang adunan dilakukan.
Kumpulan Real X juga ada menerbitkan sebuah album penuh yang mengandungi 10 lagu. Antaranya lagu Segar dalam ingatan, Genggam api dan disebalik senyuman.