CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 15, 2009

Kumpulan Lefthanded



Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Pada asalnya mereka bergelar Kumpulan The Lefthanded tetapi kemudiannya perkataan The digugurkan. Ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1979. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu dengan lirik berbahasa Melayu.

Kumpulan ini terdiri daripada:-
1. Man Kidal dari kumpulan Search @ Abdul Rahman Mahmood
2. Samad @ Abdul Samad Mean
3. (Nash) @ Nashrudin Elias
4. Yan dari kumpulan Search @ Amran Marsiman
5. Man Dayak @ Rahman Othman
6. Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong
7. Ramli Sarip satu album 'Fanatisme'
8. Arab @ Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar satu album 'Nafas'


Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (Rauzan Alwi) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).

Arab merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor, dan pernah menjadi ketua pelajar di situ.

Samad meninggal dunia pada 23 Oktober 2008, kerana sesak nafas.

0 comments: