CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 17, 2009

Kumpulan Butterfingers


Kumpulan Butterfingers merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Butterfingers sebuah kugiran grunge di Malaysia. Ia terdiri daripada empat orang ahli iaitu Emmett (penyanyi dan gitar), Loque (gitar utama), Loco (dram) dan Kadak (bes).
Pada tahun 1991, Loque (Khairil Ridzwan Bin Anuar), dan rakan sekampusnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kadak (Mohd Fakharudin Bin Mohd Bahar), membentuk kumpulan Loque's Tail, bersama-sama dengan beberapa rakan sekampus di MCKK, lalu mula menghasilkan bahan sendirinya, dengan harapan mencipta nama dalam persada muzik Malaysia. Adalah diingati bahawa ketika inilah bermulanya era grunge mendarat di Malaysia.
Ketika bermain di Kuala Lumpur pada tahun 1993 di Black Widow Studios mereka bertembung dengan Emmett, yang juga di situ untuk bermain dengan kumpulan sendirinya ketika itu, Grunge Dayz. Loque kagum dengan bakat Emmett lalu menduga Emmett dalam pertandingan kugiran. Setelah itu mereka sama-sama memutuskan untuk berganding bahu dan bergabung skil dan kreativiti mereka untuk membentuk satu kumpulan baru. Setelah bertemu dengan pemain dram Kalai pada tahun yang sama, lahirnya Butterfingers secara rasminya pada tahun 1993. Gabungan Loque (penulis lagu, gitar), Emmett (vokalis, gitar, dan penulis lirik), Kadak (bes) dan Kalai (dram) ini, bersama-sama menggegarkan persada muzik bawah tanah dengan sekuatnya sehingga kebanyakan pertunjukan mereka habis dijual dan mereka dikenali sebagai the stuff of underground legends (bahan legenda bawah tanah).

0 comments: