CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 16, 2009

Kumpulan Burnmarks


Kumpulan Burnmarks merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang awal aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu, dan mula dikenali ramai semenjak tahun 1983 setelah menyertai "Juara Rock 1983" dengan nama "Kumpulan The Burnmarks". Pernah menjadi Juara Rock Johor 1984 dengan menggunakan nama The Burnmarks.
Nama Burnmarks kemudiannya ditukar pula kepada "Kumpulan Naja" pada 1989 tetapi ditukar kembali kepada Burnmarks pada 1990.
Kumpulan Burnmarks kemudiannya berpecah dan Joe menubuhkan Kumpulan Jasad Liar yang turut disertai oleh anggota Kumpulan Burnmarks yang lain, seperti Joe (gitar) dan Emy (dram).
Anggota - Jef (Vokal), Joe (gitar), Amy (Drum), Aub (Bass). Lepas tu berpecah maka Joe tubuhkan Jasad Liar. Group nie pula adalah gabungan pemuzik Burnmarks, Naja dan Teras juga iaitu Acey (Vokalis), Joe (gitar), Zanal (Bass) dan Emy (Drum).
Album - Juara-Juara Rock 1 (dikeluarkan pada Jan 87), Juara-Juara Rock 2 (dikeluarkan pada Mei 87), Juara-Juara Rock 3 (dikeluarkan pada Dis 87). Ketiga-tiga album ini merupakan album gagasan rock bersama dengan kump lain spt D'Febians, May & Metallian. Kemudian baru Burnmarks mengeluarkan album pertamanya sendiri berjudul, BURNMARKS (1988), NAJA - Opera Sang Bara (1989) dan Burnmarks - Asmara (1990) menampilkan lagu Seruan Kasih, Kesangsian, Diari dan album Jasad Liar. (info - Burnmarks menukar nama kpd Naja pada 1989 tp hanya bertahan sethn dan kemudian berbalik kpd Burnmarks)
BURNMARK sudah bertukar lebih 20 ahli. Malah, kumpulan yang memperjuangkan muzik rock itu pernah menukar nama kepada Naja pada tahun 1990, sebelum setahun kemudian iaitu selepas muncul dengan album berjudul, Asmara, mereka kembali dikenali dengan nama Burnmark.
Namun di sebalik pelbagai konflik yang melanda, masih tiada tanda-tanda Burnmark mahu menamatkan perjuangan mereka itu.
Mula menceriakan dunia muzik rock tempatan pada tahun 1983 dan album terakhir mereka muncul pada 1992, kumpulan yang kini dianggotai Din, Joe, Syed Zainal dan Taib itu sememangnya sudah lama tidak aktif dan mungkin tidak begitu dikenali generasi muda.
Burmark yang popular dengan lagu Secebis Rayuan dan Makan Ular Jantung jelas ingin bangkit semula.
Sepanjang jangka masa Burnmark tidak aktif, hanya Joe sahaja yang pernah menerbitkan album solo, Jasad Liar. Justeru, Burnmark kini bergabung semula dan telah pun merakamkan single, Sesuatu Yang Pasti sekitar Oktober lalu.
Lagu itu yang sudah berada di pasaran selama sebulan merupakan hasil kreativiti Joe sendiri. "Kami bukannya sudah berpisah tetapi sibuk dengan kerja dan kumpulan masing-masing. Walaupun kami masing-masing menjadi anggota kumpulan lain, keserasian antara kumpulan Burnmark lebih dirasai.
"Jadi disebabkan masih sayang dengan Burnmark, kami membuat keputusan untuk merakamkan lagu semula," kata Zainal ketika ditemui pada studio Utusan, baru-baru ini.
Sungguhpun mahu memperkenalkan semula jenama Burnmark kepada golongan muda, kumpulan ini hanya merakamkan single dan bukannya album penuh.
"Sekarang tidak ada orang yang merakamkan album lagi. Kita kena ikut trend. Lagipun pasaran album sekarang sangat teruk. Jadi, single tersebut kita jadikan bahan kajian untuk menguji permintaan pasaran.
"Jika lagu kami diterima baik, kami berkemungkinan besar akan memikirkan rakaman album penuh," jelas pemain gitar Burnmark, Joe.
Masih mengekalkan konsep rock seperti pada permulaan karier, Burnmark berhasrat untuk menyampaikan lagu rock sampai bila-bila. Walaupun genre rock kurang diminati pendengar muzik masa kini, Burnmark yakin ia masih mempunyai pasarannya tersendiri.
Malah, single mereka yang dijual menerusi kawan-kawan dan laman sosial MySpace, Burnmark83 menerima sambutan yang memberangsangkan walaupun belum dijual di kedai.
Belum pernah menjalankan konsert solo, kumpulan itu kini menyimpan hasrat untuk berbuat demikian sekitar penghujung tahun ini.

0 comments: