CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 16, 2009

Kumpulan Bloodshed


Kumpulan Bloodshed adalah sebuah kumpulan penyanyi rock yang diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia.Berasal dari Kajang, Selangor.
Kumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal. Album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir pada tahun 1988 dengan judul "Samarkand" dengan lagu suka ramainya "Srikandi Cintaku" ciptaan M Nasir dan lirik oleh Nasir Jani berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.
Setelah penerbitan album tersebut, Rosdan Baharom, iaitu penyanyi Bloodshed, berhasrat melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia. Selepas itu Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali sebagai penyanyi baru dan mereka menukar nama kumpulan kepada Kumpulan Blackshed. Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album pertama dan terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru yang suara seiras suara Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggengam Bara" juga ciptaan M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanahair, mereka banyak menggunakan khidmat M Nasir, Man Boron , Usop ,Siso , Abdul Ghaffar Ibrahim (Agi) dan juga karya ciptaan mereka sendiri.
Bagaimanapun selepas penerbitan album tersebut, anggota Kumpulan Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnakan dunia muzik tanahair dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada waktu itu.
Akan tetapi di penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena muzik rock di Malaysia dengan lineup asal dan juga baru, serta telah menerbitkan single pertama: Manifestasi Cinta, lagu ciptaan Hamdan Yusof selaku pemain gitar utama mereka. Bermulanya 2009, Bloodshed telah memulakan live show pertama mereka, iaitu di Auditorium LigaMas,di Batang Kali..dan telah mendapat feedback yang begitu meriah daripada penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era Bloodshed!

0 comments: