CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 18, 2009

Kumpulan Belantara


Kumpulan Belantara merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan muzik ini ditubuhkan oleh 2 pelajar Washington State Universiti (Zaid, Shukri), Pullman dan 1 pelajar Universiti Idaho, Moskow (Aziz). Bermula dengan menulis beberapa lagu original, bahang populariti muzik rock di Malaysia dapat di rasakan oleh ketiga-tiga pelajar ini membuatkan mereka mencuba nasib dan mengirimkan rakaman demo yang mengandungi 5 lagu kepada Polygram Records Malaysia. Hasil daripada itu, Polygram Records yang melihat kepada potensi kumpulan ini telah menawarkan kontrak rakaman album kepada Belantara.
Belantara menghasilkan 3 album, "Belantara" (1987), "SriKandi DiSisi" (1988), dan "Infiniti" (1990). Kumpulan muzik ini lebih popular di kampus-kampus pengajian tinggi yang rata-rata lebih senang menerima perutusan yang terdapat dalam lagu-lagu yang di lontarkan oleh Belantara.

0 comments: